Allah s.w.t berfirman:
"Lelaki yang berzina tidak akan berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina tidak akan berkahwin melainkan dengan lelaki yang berzina, atau lelaki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang mukmin".(An-Nur:3)
Diriwayatkan oleh Abdullah ibn Amru, bahawa Martsad ibn Abi Martsad al Ghanawi adalah seorang lelaki yang keras. Ia membawa tawanan dari kota Mekah ke kota Madinah, Ia berkata: Aku membawa serta seorang lelaki utuk menyertaiku. Dahulu di kota Mekah ada seorang pelacur yang bernama 'Anaq. Dan ia dahulu adalah pelanggannya.'Anaq keluar dari rumahnya. Ia melihat bayanganku di tembok. Ia berseru: "Siapa itu? Martsad? Selamat datang wahai Martsad, marilah bermalam di tempatku!" Martsad berkata "Hai 'Anaq, sesungguhnya Rasullullah s.a.w telah mengharamkan zina". 'Anaq mula berteriak: "Hai penghuni khemah, ini ada Duldul, dialah yang membawa tawanan kalian dari Mekah ke Madinah!".
Aku(Martsad) pun berlari ke gunung Khandamah. Lapan orang mengejar aku dan berjaya menemui aku dan berdiri tepat di atas kepala aku. Mereka mengencingi aku dan tepat mengenaiku. Namun Allah menghalangi pandangan mereka terhadapku. Lalu aku pun pergi untuk menemui teman aku yang tadi ('Anaq) dan membawanya. Sesampainya di al-Araaq aku membuka rantainya.
Kemudian aku menemui Rasullullah s.a.w dan berkata: "Wahai Rasulullah, bolehkah aku menikahi 'Anaq ?" Rasulullah hanya berdiam saja. Lalu turunlah ayat:
"Dan perempuan yang berzina tidak akan dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik." (Surah An Nur:3)
Rasulullah memanggilku dan membacakan ayat tersebut kepadaku lalu beliau berkata: "Jangan nikahi dia"
Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata: Rasulullah s..a.w bersabda:
لا ينكح الزاني المجلود الا مثله
"Penzina yang dihukum cambuk tidaklah menikahi kecuali dengan orang yang sama sepertinya."
Kandungan Bab:
1) Haram hukumnya seorang lelaki yang baik menikahi dengan seorang wanita penzina atau pelacur. Demikian pula seorang wanita yang baik haram dinikahkan dengan seorang lelaki penzina.
Asy-Syaukani berkata dalam kitab Nailul Authar(VI/283): "Tidak halal bagi seorang wanita dinikahkan dengan seorang lelaki yang diketahui berzina. Demikian pula tidak halal bagi seorang lelaki menikahi dengan wanita yang diketahui berzina. Dalilnya adalah ayat yang telah disebutkan di atas kerana di akhir ayat tersebut Allah mengatakan:
وحرم ذالك علي المؤمنين :3
"Dan yang demikian itu diharamkan atas orang orang yang mukmin"
Hal itu jelas merupakan pengharaman."
2) Sa'id ibn al-Musayyib berpendapat bahawa ayat tersebut mansukh. Namun penghapusan hukum tidak boleh dilakukan atas dasar tekaan semata mata. Sebab turunnya ayat tersebut menguatkan pendapat yang mengatakan bahawa ayat ini muhkamtidak mansukh dan pendapat inilah yang benar, Wallaahu'alam.
Kesimpulannya:
Berfikir panjang lah wahai para pemuda pemudi sekalian sebelum memulakan ssuatu hubungan itu, jangan terpaku kerana kecantikan zahir sahaja, kecantikan yang di dalam iaitu batin perlu juga diutamakan seperti mana jikalau seseorg itu lengkap agamanya maka lengkaplah yang lain2 nya dan
oleh itu jikalau hendak memilih pasangan mestilah lihat kepada yang 4 perkara itu iaitu harta, kecantikan, keturunan atau agama dan pilihlah dari agamanya yang kukuh nescaya akan bernasib baik di kemudian hari..Wallaahu'alam...
Sumber:
1) Al Quran (Surah An Nur,ayat ke 3)
2) Kitab ensiklopedia larangan menurut Al Quran dan Sunnah karangan Syaikh Salim ibn 'Ied Al Hilali
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam
ReplyDeletemenarik utk remaja sekarang yg byk terjebak dgn masalah sosial....sumber yg menarik yg boleh dijdkn panduan kpd remaja
p/s
sy mengalakn remaja jauhi ZINA..!!!
klu kita xtau dy 2 pnh berzina or x camne?
ReplyDeletethen, klu kita tau, tapi org tu da tobat.
ha camne plak?
ermm...btul gak...2.., mcm ne erk..???
ReplyDeletecik maimon/silangkata--->ok, bkan mnjadi kesalahan kpd sseorg itu, baik lelaki atau perempuan, jikalau dia tdak tahu yg pasangannya pernah trlanjur atau tidak... Tetapi jikalau sebelum prnikahan itu, salah seorg drpd pasangan itu tahu yg pasangan nya itu seorng penzina dan msih belum bertaubat, mmang tlah jelas spt yg dinyatakn di dlm Quran, dan haram utk mengahwini mrk...
ReplyDeleteSesungguhnya Allah itu maha pengampun lg maha pnyayang, Insyaallah jika salah seorg pasangan itu benar2 ikhlas utk bertaubat dan berjanji tdak akn mngulangi ksalahn nya yg lpas maka terima lah dgn hati yg terbuka.Mudah-mudahan,Insyallah.....
terbaik la penjelasan tu...tq
ReplyDeletepengertian zina disini dari segi ape ek?
ReplyDeletezina ada banyak jenis... zina mata? zina hati? zina telinga? zina lidah x termasuk ke?
...Ok, Zina mmang trdiri drpd bnyak jnis antaranya ialah zina mata, zina tangan, zina lisan, zina kaki, zina hati dn sbgnya....
ReplyDeleteContoh zina mata tu mcm mlihat ssuatu dgn pnuh syahwat spt melihat bnde2 porno, mengintai bnde2 yg tdak elok dn sbgnya..
zina lisan pula adalah disertai dgn nafsu berahi melalui ucapan sesseorg yg bleh mmbawa kpd brlaku aktiviti zina itu spt mngajak teman atau kkasihnya brcumbuan dn sbgnya...
zina hati plak,mngharap dn mnginginkn ssuatu yg tidak elok spt berkata ssuatu di dlm dirinya cthnya berfikiran tk elok: dia brkata 'Bilalah aku bleh dpt "mndampinigi" tubuh nya itu.
Sama juga spt zina tngan dn zina kaki dimana aktiviti2 yg dijalankan bleh mmbawanya mndekati aktiviti zina itu.
Skrg ni ape yg dibncangkn di atas ni ialah tntang zina bukan 'Muhsan' iaitu org yg blum brkahwin yg mlakukan zina.Org yang mlakukan zina bukan muhsan sama ada lelaki atau prempuan wajib dknakan ke atas mereka hukuman sebat 100 kali dan dbuang negeri selama setahun sbagaimana yg trdpt di dalam kitab Kifayatul Ahyar juzuk 2 muka surat 178 yang bermaksud :”Lelaki atau perempuan yang melakukan zina bukan muhsin wajib dikenakan keatas mereka sebat 100 kali sebat dan buang negeri selama setahun”.
Zina di sini ertinya ialah persetubuhan yg dilakukn oleh lelaki dn prempuan tnpa sbarang ikatan yg sah di sisi syarak (Zina Kelamin). Dan org tu trgolong d dlm Mukallaf dn prsetubuhan tu tk trmasok dlm golongan (Takrif), prsetubuhan yg meragukan...