...Apa yang istimewa sgt dgn hari isnin dan khamis ni???
Ni jawapannya, sebagaimana yang tercantum di dalam al-Jami'ul Kabiir dari Maula Usamah ibn Zaid pernah menunggang kuda untuk meninjau harta kekayaannya yang disimpan di sebuah oasis (wadil Qura').
Waktu itu Usama sedang mengerjakan puasa sunat Isnin dan Khamis. Aku bertanya kepadanya: "Apakah tuan masih kuat berpuasa, padahal tuan sudah berumur lanjut dan keadaan kesihatan tuan sudah memburuk?
Usamah menjawab: "Sesungguhnya aku perhatikan Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari Isnin dan Khamis".
Lalu aku bertanya kepada Rasulullah: "Ya Rasulullah, apakah engkau selalu berpuaa pada hari isni dan khamis?
Rasulullah bersabda:
ان الاعما تعرض علي الله يوم الاثنين و والخميس
"Sesungguhnya amal (manusia) itu dilaporkan kepada Allah s.w.t pada setiap hari Isnin dan Khamis".
Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, an Nasai', at Thyalisi,ad Darimi dan Ibn Khuzaimah dari Usamah ibn Zaid r.a
Kesimpulannya, puasa yang wajib itu dilakukan pada bulan Ramadan, dan wajib ke atas org Islam yg sudah baligh, berakal dan sbg nya. Tapi tak salah kalo nk melakukan puasa sunat, di samping tu, dpt juga menambahkan pahala. Tetapi di dlm mencari pahala puasa sunat, janganlah pula tersalah berpuasa di hari2 yang diharamkan puasa spt:
-Tanggal 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri)
- 10 Dzulhijjah (Hari Raya Aidiladha), hari2 Tasyriq: 11, 12, dan 13 Dzulhijjah
-Hari syak mungkin hari bermula puasa pada 30 Sya'ban
-Selepas 15 Sya'ban jika bukan puasa Qadha' atau puasa nazar atau tiada hubungan dengan puasa pada hari sebelumnya atau bukan hari yang biasa berpuasa.
Dan jangan pula berpuasa pada hari2 yang dimakruhkan spt:
-Puasa pada hari 'Arafah bg org yg mngerjakan Haji
-Puasa pada hari sabtu shj (ditunggalkan)
- Puasa pada hari Jumaat shj (ditunggalkan)
-Puasa asalnya sunat dikerjakn oleh org yg mnanggung puasa Qadha'
-Puasa org yg bermusafir dan sbg nya.
Oleh itu, org yg mengenakan puasa wajib berniat puasa pd malam hari. Adapun puasa sunat boleh berniat pd pagi hari sebelum matahari tergelincir (sebelum msok wktu Zohor) dgn syarat belum mlakukan perkara2 yg mmbatalkn puasa. Niat puasa ni tk smestinya dilafazkan dlm bahasa Arab, memadai dgn melintaskn dlm hati dgn ape2 bahasa yg kita faham iaitu bahawa kita hendak mlakukan puasa (sebut jnis puasanya) pd hari esok jika niat pd waktu mlm atau pd hari ini (jika berniat pd waktu sebelah pg slepas subuh jika puasa sunat).
Peringatan
Puasa sunat pd hari ke-10 Muharram msti digabungkn dgn hari sbelumnya iaitu pd hari ke-9 atau dgn hari slepasnya yakni hari ke-11 dan lbih baik lg dikerjakn tiga hari brturut2 iaitu hari ke 9,10 dn 11. Jika dtunggalkan 10 Muharram shj hukumnya makruh krn mnyamai amalan yahudi.
Rasulullah bersabda:"Berpuasalah pada Hari 'Asyura (10 Muharram) dan janganlah menyamai perbuatan orang yahudi, oleh itu berpuasa lah sehari sebelum dan sehari sesudahnya". (Riwayat Imam Ahmad)
Sumber:
1) Kitab Asbabul Wurud karangan Ibnu Hamzah Al Husaini Al Hanafi Ad Damsyiqi (Halaman 465)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment