Ahlan Wasahlan

...Hopefully all of you will entertain as much as you want...
this blog has been created upon a request from many people especially from my best fren(Zenger), he's the one who suggest me to create this blog in order to share any worldly issues including politics, religion, social and so on...So, put aside any racism thought,race,sex,color,status and together we bring our ummah to achieve the stabilization towards any outcome in the future...

Thursday, May 20, 2010

Perlukah kita bermazhab ???

Secara amnya kaum muslimin itu terbagi kepada empat kelompok iaitu:

1) Mujtahid
2) Ahlu; Nazhar
3) Muttabi'
4) Muqallid

Kelompok pertama (Mujtahid)

Apa itu mujtahid??? mujtahid dari segi bhasa adalah orang yang sudah menguasai Al-Qur'an, sunnah Rasulullah dan ilmu-ilmu syariah lainnya sehingga menjadikannya boleh berijtihad secara benar dalam mencari hukum brdasarkan dalil Al-Qur'an dan sunnah. Apabila seseorang sudah mencapai tahap (level) mujtahid, maka diharamkan baginya untuk bertaqlid kepada sesiapa pun kerana dia telah memiliki kemampuan untuk mencari hukum dari Al-Qur`an dan sunnah oleh dirinya sendiri. Kebanyakan para mujtahid pada zaman dahulu adalah mereka yg terdiri drpd kalangan sahabat2 pd zaman Rsullullah s.a.w.....

Kelompok kedua (Ahlu Nazhar)

Kelompok yg kedua adalah orang2 yang tidak sampai kepada tahap (level) mujtahid, namun dia memiliki kemampuan untuk mengkaji dalil-dalil yang digunakan oleh para mujtahid. Dengan pengkajiannya dia dapat membandingkan manakah dalil yang lebih kuat di antara dalil-dalil yang digunakan oleh para imam dalam suatu masalah yang diutarakan. Orang yang seperti ini disebut dengan ahlu nazhar dan baginya dibolehkan mengambil pendapat yang lebih kuat berdasarkan pengkajiannya. Dalam erti kata lain contohnya,di dalam sesuatu masalah dia mengikuti mazhab Syafi'i, tapi dalam masalah lain dia mengikuti mazhab Hambali dan seterusnya.

Pengambilan pendapat tersebut adalah brdasarkan pada kekuatan dalil dan bukan kepada nafsu atau alasan lainnya. Adakalanya juga pada suatu saat dia mengikuti mazhab Syafi'i, tapi pada waktu yg lain nya dia mengikuti mazhab Hanafi krn brdasarkan kajiannya mndapati bahawa dalil2 mazhab Hanafi lah yang dipandang lebih kuat. Orang2 di dalam tahap (level) ini biasanya memegang mazhab tertentu sebagai asas mngeluarkn hukum2.

Kelompok ketiga (Muttabi')

Muttabi` yaitu orang-orang yang memegang ssuatu pendapat serta mengetahui dalil yang dijadikan landasan drpd pendapat tersebut, tetapi jika ditanya padanya beberapa masalah yang diutarakan dan diminta untuk mengambil salah satu pendapat yang lebih kuat berdasarkan dalil, dia tidak mampu utk melakukannya.



Kelompok keempat (Muqallid)
Kelompok yg keempat ini pd erti kata lain nya ialah kelompok kbnyakan iaitu orang2 awam yang mengamalkan dn mmegang ajaran Islam, namun dia tidak mengetahui dalil-dalilnya, dia melaksanakan solat subuh dua rakaat, zuhur empat rakaat dan sebagainya, mereka berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan sebagainya walaupun mereka tidak mengetahui dalil2 yg trkandungd dlm Al Quran. Bagi mrk yg berada di dlm kelompok ini hendaklah mengikut saja petunjuk para ulama atau para ustaz yang dipandang baik di dlm bab2 keilmuan, kesalihan dan ketakwaannya agar dia selamat dari kesesatan. Di samping itu, mrk pun wajib meningkatkan kemampuan ilmunya hingga mengetahui dalil yang menjadi landasan kewajipan2 yang prlu dtunaikn.

Sesungguhnya untuk kelompok ketiga dan keempat ini tidak tepat jika mereka disebut telah bermadzhab dengan madzhab tertentu, krn ssungguhnya mrk hanyalah bertaqlid iaitu mengikuti kepada seseorang yg alim yg dpandang tnggi di dlm bab2 agama yg mndalam. Bermazhab itu tepatnya ditujukan kepada kolompok nombor dua, karena mereka menjadikan madzhab imam mereka sebagai acuan dalam menyimpul ssebuah hukum. Krn mazhab sendiri secara bahasa ertinya adalah 'tempat pergi', atau 'tempat bertitik tolak', atau 'acuan dalam menyimpulkan berbagai hukum syariat'.

Jika kita termasuk di dalam kelompok ini, maka kewajipan kita adalah utk mencari ulama yang boleh dijadikan ikutan di dalam apa jua bab skalipn berdasarkan ciri2 ketakwaan dan tahap keilmuannya yg tnggi. Bg mrk yg masih tidak mngetahui apa itu mazhab, adalah prlu utk mrk bertaqlid kpd mazhab yg mnjadi ikutan ssebuah Negara itu. Spt di Malaysia, telah dipersetujui oleh sebilangan Negeri dn tlh mmutuskn utk bertaqlid kpd mazhab Imam Shafii dn tidak bg negeri Perlis di mana mrk tlh mmutuskn utk mngikuti Al Quran dn Sunnah...Wallahua'lam..





4 comments:

  1. terbaik la bro....nie la cara kite mendalami agama kite sndiri....chayok2

    ReplyDelete
  2. haa... 1 je...

    kredit dan sumber2.... baru terbaikk...

    ReplyDelete
  3. aku dh baca bro...memang mdlm la....memang kite perlu tahu n ambk tahu...thkz bro.>..< sumber nie byk mmbntu...

    ReplyDelete
  4. silangkata: tkde hal bro, ade bnde kite share jer...kalo ko ade pape ke g taw jer...

    ReplyDelete